Salam sejahtera dan selamat datang!

Dr Muhammad Ilham Abdul Hafidz

Salam sejahtera semua! Saya Dr Ilham, Pakar Perunding Gastroenterologi dan Hepatologi anda. Saya gembira dapat berkenalan dengan anda.

foto korporat 1 2


TENTANG SAYA

Saya merupakan graduan dari University of Liverpool, dan seterusnya berkhidmat selama beberapa tahun di UK. Saya bermula dengan menjalani latihan dalam pelbagai bidang Perubatan Dalaman seperti Respiratori, Geriatrik, Kardiologi, dan Nefrologi. Semasa tempoh ini, saya telah memperoleh keahlian dengan Membership of Royal College of Physicians (MRCP).

Saya kemudiannya pulang ke Malaysia dan mengukuhkan pengalaman saya dalam bidang Perubatan Dalaman dengan berkhidmat sebagai pegawai perubatan, dan seterusnya pakar perubatan am di Hospital Sungai Buloh.

Seterusnya, saya memulakan latihan subkepakaran dalam bidang Gastroenterologi dan Hepatologi, menimba ilmu, pengalaman, serta kemahiran dengan bimbingan mentor dan rakan sekerja di Hospital Universiti Sains Malaysia, Hospital Ampang, Hospital Kuala Lumpur, dan Hospital Queen Elizabeth, Kota Kinabalu. Saya mengambil jurusan Advanced Endoscopy pada tahun akhir latihan saya semasa di Hospital Queen Elizabeth, dengan fokus utama dalam bidang Endoscopic Ultrasound (EUS) dan Endoscopic Retrograde Cholangiopancreatography (ERCP).

Selepas menamatkan latihan Gastroenterologi dan Hepatologi, saya berkhidmat sebagai Pakar Perunding Gastroenterologi dan Hepatologi di Hospital Al-Sultan Abdullah UiTM di Puncak Alam, Selangor. Kini, saya berkhidmat di Sunway Medical Centre Damansara.

Apabila tidak bertugas, saya gemar membaca buku, melakukan senaman ringan, dan memasak untuk anak-anak saya.

 

latar belakang bintik templat farma

NILAI KAMI

Dalam setiap perkara yang saya lakukan, saya berusaha untuk menerapkan nilai-nilai teras ini:

01.
Integriti

Anda sentiasa boleh mempercayai saya untuk bersikap jujur dan berterus-terang tentang setiap aspek dalam hubungan doktor-pesakit kita.

02.
Kecemerlangan

Matlamat saya adalah untuk melihat pesakit saya pulih sepenuhnya jika mereka jatuh sakit. Walaupun fokus utama saya adalah pada sebarang penyakit yang melibatkan sistem pencernaan, saya akan sentiasa mengutamakan kesihatan dan kesejahteraan menyeluruh pesakit saya.

03.
Empati

Saya akan sentiasa memaklumkan kepada anda dan ahli keluarga anda tentang keputusan ujian, serta pilihan rawatan pada setiap peringkat rawatan anda. Saya melayan pesakit saya dengan penuh kebaikan, rasa hormat, dan belas kasihan.

perkhidmatan yang ditawarkan

Komited Terhadap Kesihatan Pencernaan

Bidang Gastroenterologi dan Hepatologi pada asasnya merangkumi semua isu yang berkaitan dengan sistem pencernaan kita. Sekiranya seseorang mengalami masalah yang melibatkan esofagus (salur telan), perut, usus kecil, kolon (usus besar), hati, pundi hempedu, saluran hempedu (bile duct), atau pankreas, Pakar Gastroenterologi dan Hepatologi boleh membantu pesakit tersebut. Berikut merupakan senarai prosedur yang saya lakukan serta masalah kesihatan yang saya rawat.

Endoskopi

Gastroscopy
Colonoscopy
Endoscopic Ultrasound (EUS)
Endoscopic Retrograde Cholangiopancreatography (ERCP)
Capsule endoscopy
Intragastric balloon untuk masalah obesiti

Gastroenterologi Am

GERD atau refluks asid
Penyakit ulser perut
Irritable Bowel Syndrome (IBS)
Penyakit Radang Usus (IBD) - Penyakit Crohn dan Ulcerative Colitis
Saringan kanser kolon
Penilaian punca punca sakit perut
Ketidakhadaman
Perubahan dalam tabiat membuang air besar

Hepatologi Am

Hepatitis A, Hepatitis B, Hepatitis C
Hati berlemak (Fatty liver)
Sirosis hati (Cirrhosis)
Penyakit kuning (Jaundis)
Autoimmune hepatitis
Biopsi hati

penjagaan komprehensif di hospital tertiari

Di hospital saya, saya memberikan rawatan dalam keadaan yang optimum

Dengan memilih Sunway Medical Centre Damansara, anda dapat menikmati:

  • Hospital yang serba baharu, bersih dan moden
  • Sistem endoskopi yang canggih
  • Mesin CT scan dan MRI scan yang terkini dan paling canggih
  • Kerjasama erat dengan semua kepakaran di bawah satu bumbung, seperti Pakar Onkologi, Pakar Bedah Hepatobiliari, Pakar Bedah Upper GI, Pakar Bedah Kolorektal dan Pakar Interventional Radiology. Ini bermakna kes yang sangat kompleks juga dapat dirawat di hospital saya tanpa perlu dirujuk ke hospital lain.